Kemaskan Langkah Atur Pepatah Kata Bicara Langkah Seiringan Cucu Datuk Merah

Home | Permulaan | Liriks | links | Contact us

Permulaan

cucu.jpg

1998

Latar-Belakang: Cucu Datuk Merah atau lebih dikenali sebagai CDM mula ditubuhkan

pada pertengahan tahun 1998 di bawah pimpinan Saudara Samsolnahar, antara aktivis dikir

setempat yang kaya dengan pengalaman. CDM di waktu itu diterajui oleh Saudara Masagoes selaku

Tok Juara dan Saudara Ahmad Fauzi (Ogy) selaku Tok Karut.



Langkah Pertama: Pertandingan pertama yang disertai adalah pada tahun 1998,

Pertandingan "Seruan Dikir 1998" anjuran bersama kumpulan dikir Ulan dan Kelab Masyarakat

Kebun Baru. Langkah pertama ini seakan memberi rezeki dengan pencapaian menjejakkan kaki ke

Peringkat Akhir, ditambah pula dengan meraih Piala Tok Karut Terbaik (Ogy).



Piala Pertama (Sekumpulan): Piala pertama secara berkumpulan diraih seawal

pertandingan kedua yang disertai oleh CDM, iaitu Pertandingan "Sayembara Dikir 1998" anjuran

Kelab Masyarakat Boon Lay. Piala dimaksudkan merupakan tempat ketiga (di belakang Kelana

Purba selaku Johan dan Hulubalang selaku Naib Johan).





2004: Hilang Tanpa Berita





2005:

Kenalkan Kembali: Setelah hampir 5 tahun menyepi, CDM dihidupkan kembali oleh

Saudara Yunos Samad pada tahun 2005 yang menampilkan ramai muka-muka baru. Pertandingan

"Karya Dikir 2006" anjuran Kelab Masyarakat Marsiling adalah langkah segar CDM yang mana

sekadar membawa pulang Piala Saguhati.



2006:

Mega Perdana 2006 Saringan

Piala Tun Sri Lanang III - Saguhati

Piala Dr Ong Seh Hong Anjuran Kumpulan Rajawali - Saguhati



2007:

Piala Bintang Seni Dikir Barat 2007 - Cucu Datuk Merah & Cucu Datuk M - Saguhati

Piala Raja Panggung 2007 anjuran oleh Cucu Datuk Merah & Hulubalang



2008:

Piala Senandung Rakyat V - Johan, Pahluan dan Karut Terbaik

Layar Citra Dikir 2008 - Tempat ke-10

Mega Perdana 2008 Saringan - SKDM

Mega Perdana 2008 SemiFinalist - Cucu Datuk Merah.



Dan dari sini:

Cucu Datuk Merah akan terus mengatur langkah, kali ini biar setapak demi

setapak


Sekiranya sejarah disini ada kelainan dari yang anda tahu. sila tinggalkan komen anda untuk kami ubah suaikan

Nama
Emel untuk dihubungi
Komen